Kita selalu mengatakan barang yang murah itu mahal,
Tetapi kita tak sedar barang yang kita beli mahal kita
kata murah.
Kita selalu mengatakan ilmu kita dah cukup sekadar
dengan membaca,
Tetapi kita tak sedar ilmu yang kita ada tu setakat hujung
kuku saja.
Kita selalu mengatakan boyfriend/girlfriend tu jodoh
kita walhal belum tentu lagi,
Tetapi kita tak sedar jodoh kita dengan kematian
conform-conform kena.
Kita selalu mengatakan orang tua makan garam dulu
daripada yang muda maka kena dengar cakap mereka,
Tetapi mereka tak sedar banyak makan garam buruk
faedahnya.
Kita selalu membandingkan gadget yang kita ada lagi
power dari kawan-kawan,
Tetapi kita tak sedar duit beli gadget pun ibu bapa
yang bagi.
Kita selalu mengatakan duit boleh beli macam-macam,
Tetapi kita tak sedar duit tak boleh beli masa yang
dah berlalu.
Kita selalu mengata orang macam-macam seolah mereka
penuh kesalahan,
Tetapi kita lupa nak pandang diri sendiri yang penuh
silap.
Kita selalu membandingkan result exam anak dengan
jiran-jiran,
Tetapi kita tak sedar bahawa belajar bukan semudah ABC
yang disangka.
Kita selalu kata masa untuk solat takde,
Tapi kita tak sedar yang kita main bola, games ape
semua ada ja masa.
Kita selalu kata hidup ni susah,
Tapi kita lupa nak pandang orang yang lagi susah dari
kita.
Memang tak dapat dinafikan naluri manusia ni berbagai,
tapi kadang kala menyakitkan hati beberapa pihak yang serius terasa dengan
perangai yang ditunjukkan. Think fair to all people will satisfy yourselves
later.
No comments:
Post a Comment