1 Jul 2015

REAL GHOST STORY



KISAH INI ADALAH KISAH BENAR YANG MANA DIALAMI DUA ORANG PELAJAR YANG BERJAGA DI WAKTU PAGI SEKITAR 4 KE 5 PAGI.
Pukul 4.50 pagi.                           
Di waktu yang sunyi sepi tanpa bulan, serta kawasan yang gelap gelita di dalam dorm B, Ehan bangun sambil mengejutkan Khairul untuk menemankannya mandi untuk ke sekolah pagi itu. Ketika itu mereka baru Form 1 dan sudah tentulah di fikiran mereka hanyalah hantu2 yang diceritakan senior2 yang duduk di asrama tersebut.

Ehan: Rul, rul bangun rul..weh jom p mandi.

Khairul: Baru pukul berapa weh? Awal lagi ni..

Ehan: mandi awal senang sikit, tak ramai orang..

Khairul: errmmmmmmmmmmmm (sambil menggeliat)……ok lah..

Khairul pun segera bangkit untuk mandi sambil dipandang ehan yang excited nak mandi awal.. (pfft)
Dan ketika berjalan keluar laluan sepanjang barisan dorm tersebut Ehan telah mengambil langkah untuk mandi di bilik mandi atas dan Khairul mengambil keputusan untuk mandi di tingkat bawah kerana tekanan air tinggi dan best untuk mandi katenye. Dan ketika sedang berjalan tidak semena-mena si Ehan menjerit ketakutan.

Ehan: WOII RUL RUL..KEJAP-KEJAP!!

Khairul: Lahh, yang kau jerit2 ni kenapa? Orang lain bangun karang.

Ehan: aku nampak benda wehhh..aku nampak benda..

Khairul: lahh benda ape pulak pagi2 ni?? -.-“ (sambil buat muka mamai)

Ehan: ade benda putih kat hujung laluan tu..wehh jom tengok jap..seram lah wehh

Khairul: yelah2.. (cakap mamai sebab ngantuk punya pasal)

Mereka pun bergegas bergerak ke arah benda yang disebut Ehan sebentar tadi dan dengan perasaan berdebar… dup dap ! dup dap ! dup dap ! melangkah, melangkah, dan melangkah sehingga lah……………………………………………………………………………………………………….








Khairul: Larhhh, kain putih buruk sangkut kat wayar lah ! yadoii kau ni..buat suspen ajer..

Ehan: wehh yelahh..ahahaha sori2 weh aku ingat puntianak tadi.

Khairul: Bikin suspen jer budak sekoq ni..dah2 ! mandi cepat..

Ehan: ehehehe..ok (sambil buat muka sengih kerang)

Keesokannya di hostel lelaki kecoh kerana mendengar bunyi orang menjerit di awal pagi. Dan ketika itu jugak lah sebenarnya ahli dorm B tahu siapa punya suara tu dan target mereka memang tepat..nampaknya hari tu Ehan menjadi bahan untuk diceritakan di kalangan budak asrama..ahahaha bapak kesiannnnnn.

Berakhirlah sudah cerita seram tersebut..sekiann XD

-Kisah ini adalah kisah benar-


No comments: