1 Jul 2015

REAL GHOST STORY



KISAH INI ADALAH KISAH BENAR YANG MANA DIALAMI DUA ORANG PELAJAR YANG BERJAGA DI WAKTU PAGI SEKITAR 4 KE 5 PAGI.
Pukul 4.50 pagi.                           
Di waktu yang sunyi sepi tanpa bulan, serta kawasan yang gelap gelita di dalam dorm B, Ehan bangun sambil mengejutkan Khairul untuk menemankannya mandi untuk ke sekolah pagi itu. Ketika itu mereka baru Form 1 dan sudah tentulah di fikiran mereka hanyalah hantu2 yang diceritakan senior2 yang duduk di asrama tersebut.

Ehan: Rul, rul bangun rul..weh jom p mandi.

Khairul: Baru pukul berapa weh? Awal lagi ni..

Ehan: mandi awal senang sikit, tak ramai orang..

Khairul: errmmmmmmmmmmmm (sambil menggeliat)……ok lah..

Khairul pun segera bangkit untuk mandi sambil dipandang ehan yang excited nak mandi awal.. (pfft)
Dan ketika berjalan keluar laluan sepanjang barisan dorm tersebut Ehan telah mengambil langkah untuk mandi di bilik mandi atas dan Khairul mengambil keputusan untuk mandi di tingkat bawah kerana tekanan air tinggi dan best untuk mandi katenye. Dan ketika sedang berjalan tidak semena-mena si Ehan menjerit ketakutan.

Ehan: WOII RUL RUL..KEJAP-KEJAP!!

Khairul: Lahh, yang kau jerit2 ni kenapa? Orang lain bangun karang.

Ehan: aku nampak benda wehhh..aku nampak benda..

Khairul: lahh benda ape pulak pagi2 ni?? -.-“ (sambil buat muka mamai)

Ehan: ade benda putih kat hujung laluan tu..wehh jom tengok jap..seram lah wehh

Khairul: yelah2.. (cakap mamai sebab ngantuk punya pasal)

Mereka pun bergegas bergerak ke arah benda yang disebut Ehan sebentar tadi dan dengan perasaan berdebar… dup dap ! dup dap ! dup dap ! melangkah, melangkah, dan melangkah sehingga lah……………………………………………………………………………………………………….








Khairul: Larhhh, kain putih buruk sangkut kat wayar lah ! yadoii kau ni..buat suspen ajer..

Ehan: wehh yelahh..ahahaha sori2 weh aku ingat puntianak tadi.

Khairul: Bikin suspen jer budak sekoq ni..dah2 ! mandi cepat..

Ehan: ehehehe..ok (sambil buat muka sengih kerang)

Keesokannya di hostel lelaki kecoh kerana mendengar bunyi orang menjerit di awal pagi. Dan ketika itu jugak lah sebenarnya ahli dorm B tahu siapa punya suara tu dan target mereka memang tepat..nampaknya hari tu Ehan menjadi bahan untuk diceritakan di kalangan budak asrama..ahahaha bapak kesiannnnnn.

Berakhirlah sudah cerita seram tersebut..sekiann XD

-Kisah ini adalah kisah benar-


28 Jun 2015

KITA SELALU……….



Kita selalu mengatakan barang yang murah itu mahal,
Tetapi kita tak sedar barang yang kita beli mahal kita kata murah.

Kita selalu mengatakan ilmu kita dah cukup sekadar dengan membaca,
Tetapi kita tak sedar ilmu yang kita ada tu setakat hujung kuku saja.

Kita selalu mengatakan boyfriend/girlfriend tu jodoh kita walhal belum tentu lagi,
Tetapi kita tak sedar jodoh kita dengan kematian conform-conform kena.

Kita selalu mengatakan orang tua makan garam dulu daripada yang muda maka kena dengar cakap mereka,
Tetapi mereka tak sedar banyak makan garam buruk faedahnya.

Kita selalu membandingkan gadget yang kita ada lagi power dari kawan-kawan,
Tetapi kita tak sedar duit beli gadget pun ibu bapa yang bagi.

Kita selalu mengatakan duit boleh beli macam-macam,
Tetapi kita tak sedar duit tak boleh beli masa yang dah berlalu.

Kita selalu mengata orang macam-macam seolah mereka penuh kesalahan,
Tetapi kita lupa nak pandang diri sendiri yang penuh silap.

Kita selalu membandingkan result exam anak dengan jiran-jiran,
Tetapi kita tak sedar bahawa belajar bukan semudah ABC yang disangka.
Kita selalu kata masa untuk solat takde,
Tapi kita tak sedar yang kita main bola, games ape semua ada ja masa.

Kita selalu kata hidup ni susah,
Tapi kita lupa nak pandang orang yang lagi susah dari kita.

Memang tak dapat dinafikan naluri manusia ni berbagai, tapi kadang kala menyakitkan hati beberapa pihak yang serius terasa dengan perangai yang ditunjukkan. Think fair to all people will satisfy yourselves later.

17 May 2014

making post later


Assalamualaikum. InsyaAllah ada masa nanti update apa yang dah ditulis siap2 kat dalam laptop aku ni. Entry yang dibuat berdasarkan tajuk yang diambil dari kawan2 ^_^

                                                                  
 
                                                                  I see you soon.