24 May 2013

kenapa perlu couple? (_ _")


Actually,aku sering tertanya-tanya kenapa begitu ramai yang bercouple ni sedangkan dah taw couple tu memang haram.Apakah mungkin disebabkan trend ataupun sahaja suka2?Kalau ditanya kat depa nie.macam2 jawapannya:
                     "aku suka dia"
                     "aku sayang dia"
                     "sebab kami suka sama suka"
                     "kami suka-suka jer"

Haa yelah tu..yang aku nampak sepanjang operasi kat sekolah tu jer semua yang ditangkap melibatkan dating masa habis sekolah,dating kat dewan,dating lepas tusyen malam.Itu yang kome kate "kami tak buat ape2?".Lagipun kawasan tersorok,gelap tu kan memang mengundang nafsu sesiapa pun yang ada kat kawasan tu lagi2 berdua-duaan.Memang tersenyum lebar lagilah syaitan masa tu sebab kami tak nampak apa yang korang buat sepanjang kome "dating" tu kan.

               Aku tahu ramai diantara yang couple tu lebih2 lagi perempuan memang nak bahagia dengan orang yang dia suka,tetapi tu bukan caranya.Faham idok? tak caye cer tanya diri sendiri tu berapa kali dah couple?bersayang-sayang dengan yang belum halal? sanggup bagi apa saja mereka nak walaupun terpaksa bagi benda yang tak sepatutnya di bagi? Please,tolonglah..perempuan,tolonglah MEMAHALKAN diri anda tu.Aku yang sebagai lelaki pun boleh malu dengan sikap korang lagi2 yang gender sama dengan korang,pastu yang lagi2 suka menggedik sana sini sampai aku rasa nak lontar kat sungai bernam tu tahu dak?




Tu satu lagi nasihat untuk korang..aku jamin lah memang korang akan buat macam tu kan?Tak payah susah2,tengok ja masa g jalan mana2..memang nampak jalah pasangan coupleram ni berpegang-pegang dengan buat muka tak malu tu satu hal..buat muka bangga pulak tu..cubalah dibayangkan tetiba family korang ada kat situ..nak jawab apa? mau balik2 memang kena ceramah 48jam lah.Mungkin pada pandangan korang perkara tu biasa..tetapi bagi yang menjaga hatinya dengan Allah itu adalah perkara yang paling MEMALUKAN untuk umat Islam seperti kita ni buat perkara macam tu.Lainlah kau ni anak cina ka,anak india ka..takdak lah orang pandang sangat..tapi..agak2 lah nak buat camtu depan orang..nampak macam bangga tapi belakangnya SENGSARA...seriously (_ _")

Yang masalah bila mereka yang nak start couple ni..bila orang cakap jangan..nak buat jugak..alasan suka2..suka2 embahmu kalau sampai menyakitkan hati n bagai tu..fikir baliklah kenapa nak habiskan zaman remaja korang dengan perkara macam tu sedangkan banyak lagi yang korang boleh buat pada waktu camni tanpa ada larangan dari sesiapa yang bergelar "awex""balak""pakwe""makwe"..buatlah apa yang korang nak janji tak langgar syarak ja..bebas..korang sendiri tahu couple tu mengkongkong..tapi still nak gak buat..bila dah clash mulalah cakap menyesal couple bagai..kutuk sana sini..alih2 tak sampai 2 bulan..dapat orang lain..err..game ape yang korang main sebenarnya ni? SIM?DOTA? boleh jugak join..nampak seronok kan? -.-"
Memang tak dinafikan ramai tahu couple tu haram..tapi nak wat camna kan kalau syaitan sentiasa berbisik suruh kita buat benda2 tu n hati kita pulak tak kuat nak melawannya(aku pun tak terkecuali) jadi memang mudahlah kita nak buat perkara terlarang kan.Jadi nak jauhkan diri daripada syaitan selalulah mengucap kalau agak2 nak terbuat benda2 macam tu..muhasabah diri balik apa sebenarnya yang kita nak n benda apa yang patut dijauhkan.


The last alternatif yang aku boleh bagilah kat korang kan satu ja..kalau dah tak boleh tahan..kira memang wajiblah..teruslah jumpa mak bapak diorang mintak kahwin terus..ape? kate gentle..tak lelakilah kan kalau nak jumpa mak bapak dia malu tapi buat perkara terlarang dengan dia tak malu pulak kan?renung2kanlah berapa banyak sebenarnya dosa dah korang buat dengan dia tu sepanjang per"couple"an korang tu an..calling,mesej tak menentu,whatsapp,n banyak lagi lah.Capture gambarlah sama2 lah pastu mintak dipanjangkan "jodoh" korang tu..fuhh  memang idak ler den doakan melainkan korang dah bernikah sebabnya den tak mau terlibat dengan perkara2 macam tu .kira dah macam bersubahat tahu tak kalau kitorang mengsupport korang buat benda2 macam tu.

Satu perkara yang biasanya mereka2 ni cover adalah dengan mengatakan orang yang tak couple ni sebenornyer kolot,tak maju,takde orang nak padahal mereka tak tahu orang yang menjaga ikhtilat nilah orang yang paling sweet pabila mereka dah bernikah nanti berbanding yang dah banyak kali bercouple sebabnya yang bernikah ni masa ni lah dia berikan segala-gala kasih sayang dan sebagainya kepada pasangannya ..of course selepas Allah S.W.T barulah kepada pasangan mereka berbanding yang banyak couple sebab kasih sayang mereka dah banyak berpecah belah pasal bagi orang sana sikit,orang sini sikit,alih-alih untuk bakal pasangan korang nanti habuk pun takdak..nak ke macam tu?Jadi berfikirlah sebelum membuat apa2 keputusan tu.ok?
     N korang sesekali jangan pandang kenikmatan yang korang ada sekarang kekal selamanya sebab orang yang tak direstui ibu bapanya mereka memang takkan kekal lama punya lah..dijamin 300%.
kalau yang lelakinya nak support keluarga pun tak boleh,inikan pulak nak support bakal keluarga yang bakal terbentuk nanti..mampukah?Tepuk dada tanya hati tu benrkah apa yang kita buat ni kehendak kita ataupun kehendak lain.Hanya diri sendiri tahu apa sebenarnya yang kita nak.

Hope korang boleh berfikir secara rasional tentang zaman remaja korang ni..jangan biarkan ianya dikunci dengan benda2 yang merepek alah kentang tak masak habis ni.ok?

Jadi,renung-renungkan dan selamat beramal ^_^ Assalamualaikum.

No comments: