Then,nak ucapkanlah Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang berkenaan tak kira tua,muda(kanak2 takdak) yang telah pun selamat diijabkabulkan pada masa2 yang telah pun ditentukan family2 korang tu kan..n jugak ucapan selaamat untuk kawan sekampung yang sebaya dengan aku n telah pun mendirikan rumah tangganya tadi 26/5/13..tahniah untuk anda..Tapi perkara biasalah tu sekarang.Bak kata orang tua-tua sekarang "kalau perempuan dah lepas SPM takde buat pape dah dikahwinkan aje..tunggu rumah diketuk pintunya n terus jelah" hahaha..tu yang biasa aku dengarlah kat sini.n tak lupa jugak diucapkan tahniah kepada UAI yang telah pun mendirikan bahtera yang ketiganya hari ni jugak..keh3 moga kekal lah hingga ke syurga n more furure..ehh? >.<
Masalah memang ada dalam perkahwinan ni pun walaupun baru setakat bertunang.Yelah nak kahwin ni pun bukan mudah pasal kalau dapat family yang simple takpa lah..dapat family yang sekali nak hantaran 20k++..haa tak terbeliak belah lelakinya nak mencari duit tu.Dah ler zaman sekarang ni bukan mudah nak cari duit,buat simpanan pun belum tentu boleh capai tu.Tapi kalau dapat family yang simple2 kire Alhamdulillah jelah yer pasal kalau jenis tu kurang cerewetnya n janji anak mereka bahagia walaupun dah berada di syurga itu pun dah lebih dari cukup sebenarnya.
N yang lelakinya pulak jangan salah pilih pulak pasalnya yang akan tanggung dosa isteri nanti suaminya.Carilah isteri yang boleh menjaga bukan setakat kau saja malah seluruh keluarga.Tapi kalau dah dok pilih yang lawa tapi tak boleh buat kerja pun lame2 kau menyampah gak.Jadi fikir dulu kalau nak memilih pasangan hidup tu ya :)
Tapi nasihat untuk kita2 ni lah kan,fikirlah sebelum nak kahwin tu apa semua ilmu fardhu ain yang patut kita ketahui dah tahu ke?Sebabnya banyak yang kita kena tahu sebelum berkahwin ni.Yelah kahwin ni bukan sehari dua tapi sehingga jodoh tu berpanjangan.ye dak?Yang lakinya sedia menjadi Imam,yang perempuannya sedia nak jadi makmum.Bukannya ajak sembahyang berjemaah lari pulak,memang kira menyakitkan hati lah macam tu kan.Selain tu jugak yang perempuannya sedia jadi chef,yang lelakinya sedia jadi tukang rasa..ehh?? hahaha yelah betul ape? :P
Memang tak dinafikanlah kahwin muda ni memang best,tetapi cukup matangkah kita nak menghadapi rintangan hidup yang mendatang?Sedangkan aku tengok "couple" yang haram tu pun selalu gelabah curang sane sini,setialah,apelah..macam2 lagi sebab mungkin korang rase dah matang dengan ber"couple" tapi sebenarnya tak pun.Perasan tak?merajuk sana sini macam bayi.Sikit2 sakit macam orang tua.Marah sane sini sampai muka pun boleh cepat tua :P..jadi fikirlah.Tepuk dada tanya iman dan bukannya tepuk dada pasal tak dapat bantai orang (_ _")
Alhamdulillah kalau apa yang korang nak sediakan untuk life korang nanti mencukupi segala ilmunya,keperluannya Insya-Allah lah kan takkan ada masalah yang boleh menghalang perjalanan hidup korang walaupun sebesar gunung..ye dak? Masa tu nak nikah,nikahlah ler..afdal katenyer..keh3.Aku fikir dalam 25 tahun ke atas baru dikira matang memikirkan benda2 camni tapi budak zaman sekarang 10 tahun pun taw macam2 ye dak?So,lancarkan perjalanan hidup korang dengan jangan sengaja cari pasal.ok? :)
INDAHNYA SEBUAH PERNIKAHAN :)
Dah lah,awok pon nak kena tido pasal nak siap ke pasar pagi nanti..sekian saja coretan hamba walaupun agak merepek sebenarnya..keh3
Assalamualaikum n caw :D
2 comments:
waaaa, ada azam takpalah. aku pon kalau ada org masuk insyaAllah jalan. :D
amboih..hang pun tak sabaq dah ka lin..haha..merase lagi aku makan nasi minyak kat kenduri ni.
Post a Comment